Jan 23, 2012

Tarian Naga

 Lagi cerita tentang Tahun Baru Cina

Tarian naga merupakn tairan yang sangat unik pada perayaan tahun baru cina. Kebetulan tahun ni tahun naga..lagi meriahlah tarian ni disana sini...

Kaum Cina kalau kita perhatikan mereka sangat gemar kepada warna merah, oren dan kuning. Itu tanda atau lambang keberanian, keuntungan, kehebatan dan warna2 'ong' kata mereka.

Tarian Naga biasa dimain oleh sekumpulan pembawa naga berbanding tarian singa hanya dua atau tiga orang..

Penari-penari ni sangat hebat dan kreatif  mengangkat, mencelup, membidas, dan menyapu kepala naga, yang boleh memiliki ciri-ciri animasi yang dikawal oleh seorang penari dan kadang-kala dikawal untuk mengeluarkan asap dari alat-alat piroteknik. 

Pasukan tarian meniru apa yang dipercayai sebagai gerakan semangat sungai ini secara berbelok-belok dan beralun-alun.Gerakan-gerakan dalam persembahan ini secara tradisinya melambangkan peranan-peranan naga yang menunjukkan kuasa dan maruah. Tarian naga ialah satu acara utama sambutan Tahun Baru Cina.

Tarian ini telah menjadi terkenal di seluruh dunia. 

Sumber Wikipedia






Nostalgia masa kecik2 dulu suka tengok tarian naga atau singa kat kedai cina dengan kawan2.

0 comments: